THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 21, 2009

LATAR BELAKANG CATAN

Penghasilan catan terawal di dunia telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia zaman purba lagi. Penggunaan bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada dinding gua merupakan suatu penggunaan material pada zaman itu. Sebagai contoh karya seni catan yang dijumpai di gua Altamira, Santander, Sepanyol yang dipercayai dihasilkan pada 10 000 hingga 20 000 tahun yang lampau dan dihasilkan oleh masyarakat Paleolitik. Oleh hal demikian, lanjutan daripada itu seni catan berlaku pada zaman Yunani Purba. Media yang digunakan bagi panghasilan seni catan ialah fresko atau mozek dan sujek seni catannya mengenai peristiwa berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Antara pengkarya-pengkarya yang dapat dikenalpasti ialah Polynotos, Zeuxis, Protognes, Appelles.

Seterusnya, pada zaman awal Kristian di Eropah pada tahun 200 hingga 1300 Masihi dengan membawa gerakan aliran-aliran penting iaitu Seni Kristian pada tahun 500 S.M hingga 400 S.M, Seni Romanesque dan Seni Gotik. Karya-karya ini lebih kepada catan menuskripdan kebanyakannya terdapat dalam kitab-kitab Bilble, panel dan dinding di gereja dan nama-nama pengkarya tidak diutamakan Justeru itu, ia tidak bersifat individu dan subjek utamanya keagamaan yang terdapat pada kitab-kitab keagamaan seperti kitab Bible. Kebanyakannya dilukis juga pada kulit binatang dengan menggunakan media cat air, dakwat dan tempera.

Walau bagaimanapun, seni catan ini terus dikembangkan lagi dan menjadi seni catan moden yang bermula di Eropah sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman kemuncak penghasilan catan di Eropah. Hal ini, ia menunjukkan Negara-negara Eropah telah mempelopori seni catan sejak sekian lama. Subjek-subjek yang digunapakai ini ialah mengenai peristiwa kitab suci agama Kristian, potret dan tentang peperangan. Media yang digunapakai pula ialah Fresko, cat tempera, cat minyak dan cat air. Antara pengkarya-pengkarya yang terkenal pada zaman ini ialah Leonardo Da Vinci dari Itali yang hidup pada tahun 1452 hingga 1519 dan Albrecht Durer yang hidup pada zaman 1471 hingga 1528 di Jerman. Perkembangan catan yang paling pesat pada abad ke-15 dan 16. Catancatan ini juga dihasilkan di gereja, bangunan awam dan rumah-rumah persendirian dan teknik yang digunapakai ialah Chiotoscuro iaitu kesan cerah yang seolah-olah datang dari luar kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran. Ia menimbulkan kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera. Perspektif linear pula member gambaran horizon secara sistematik untuk mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandangan mengikut aras mata dan perspektif.

Seterusnya, seni catan diteruskan lagi pada zaman abad ke 17 masihi atau 1600 hingga 1800 masihi yang dikenali sebagai zaman Baroque dan Rococo. Antara gerakan-gerakan aliran penting pada zaman ini ialah Baroque, Dutch Painting dan Rokoko. Pengkarya-pengkarya yang terlibat dengan zaman ini antaranya ialah Caravaggio, Domenchino, Rembrant, Fragonard, Gainsborough, Blake,dan Renolds. Bagi gerakan Baroque, subjek utamanya ialah imej keagamaan yang bersifat ilusi dan khyalanuntuk membawa audiens ke syurga, figura dan latar belakang seperti landskap. Teknik utamanya iaitu teknik tenebrism atau kontra terang gelap yang tinggi dan member kesan kepada bentuk, ruang dan kesan atas cerita. Contohnya kesedihan dan simpati pada cerita yang digambarkan dengan menggunakan media utama cat minyak. Selain itu, bagi rokoko pula, subjek utamanya mengenai seni hias di istana yang melambangkan kemewahan dan kisah percintaan. Subjeknya diolah daripada petikan cerita-cerita hikayat dan agama serta lanskap serta potret individu sebagai contoh di taman-taman bunga dan dalam istana dengan menggunakan teknik Secco Su Fresco dan menggunakan media cat minyak.

Oleh hal demikian, pada abad ke-19 dan 20 gerakan-gerakan dalam aliran catan ini berkembang dengan begitu meluas dan banyak aliran yang wujud. Pada abad ke-19, gerakan aliran yang penting dalam catan ialah Neo-klasik (1770-1820) pengkaryanya seperti Jacques-Louis David dan Ingres, Romantisisme (1880-1850) pengkaryanya Delacroix, Goya dan William Turner, aliran Realisme (1850-1880) pengkarya yang terlibat seperti Daumier, Millet dan Courbet, aliran Impressionisme (1870-1880) pengkaryanya seperti Claude Monet, Renoir dan Manet, aliran catan seterusnya Post-Impressionisme (1880-1905) pengkaryanya seperti Paul Cezanne, Seurat, Van Gogh, Gauguin dan gerakan aliran seni catan pula ialah aliran Symbolism, pengkaryanya ialah France dan Bonard. Selain itu, pada abad ke-20, gerakannya ialah Fauvisme (1905) pengkaryanya ialah Hendri Mattise dan Andre Derain, aliran Espressionisme (1902-1907) pengkaryanya ialah Nolde dan Kandinsky, aliran Kiubisme (1906) pengkaryanya Picasso dan George Braque, aliran Futurisme (1906) pengkaryanya Boccioni dan Giacomo Balla, aliran seterusnya ialah aliran Dadaisme (1914) pengkaryanya Marcel Dunchamp, Arp dan Man Ray, aliran Surelisme (1920-an) pengkaryanya pula seperti Salvado Dali dan Giocometti dan aliran Abstrak Ekspressionisme (1940-an) pengkaryanya seperti Salvado Dali, Rene Magritte, Joan Miro, Jacson Pollock, Mark Rothko, Willem de Kooning dan Jasper John.

Di samping itu, perkembangan seni catan ini terus berlaku lagi setelah berlaku perang dunia atau dikenali sebagai “War Art”. Gerakan-gerakan aliran catan dikembangkan lagi menjadi beberapa aliran. Antaranya ialah Seni Pop pada tahun 1958 hingga 1965 iaitu pengkaryanya ialah Robert Rauschenberg, AndyWarhol dan Jasper John, aliran Seni Op pula (1964-1970-an) pengkaryanya ialah Bridget dan aliran seterusnya ialah Seni Minimal (1964-1975) pengkaryanya ialah Louis Newman dan Carl Andre. Selepas era itu, era catan yang masih lagi segar iaitu pada tahun 1965-1990 iaitu aliran Posmodenism.

0 comments: